Powered By Blogger

Wednesday, July 28, 2010

Bengkel menulis puisi

Sabtu lalu, saya pergi ke Perpustakaan Kebangsaan Singapura. Di situ ada sebuah bengkel menulis puisi yang mengajar kita bagaimana untuk menulis puisi dnegan lengkap dan bagus. Saya juga mencuba mereka puisi. Saya mengambil 5 minit untuk memikirkan apa yang saya harus tulis. Saya tidak sangka yang menulis puisi begitu sukar. Selepas itu pengacara mengundang para tetamu untuk menjamu selera semasa pengadil memilih puisi yang bagus. Pantunnya ialah:

Jalan-jalan ke Surabaya,
Jangan lupa membawa stokin;
Kalau merasa anda kaya,
Jangan menghina yang miskin.


Sayangnya, puisi saya tidak terpilih untuk diberi hadiah. Saya rasa saya harus latih lebih. Salam hormat.

Bahasa Dalam Lagu

Sabtu lalu saya ke Woodlands CC untik mendengar pidato oleh Cikgu Yusnor Ef. Pidato itu menabjukkan! Dia memberitahu betapa pentingnya peranan bahasa dalam lagu. Dia mengatakan bahawa kita harus memasukkan bahasa di dalam lagu. Jika kita tidak memasukkan bahasa dalam lagu, pendengar lagu itu tidak akan memahami perkataan-perkataan dalam lagu itu. Jika ramai orang tidak faham, mereka tidak akan mendengar lagu itu. Dia memberi nasihat kepada tetamu 'tanpa bahasa, lagu tidak akan wujud'. Dia juga mengenalkan rap bahasa. Betul-betul shiok dan lucu. Rap bahasa sama seprti lagu tetapi rap tersebut lebih laju dari lagu. Rap bahasa lebih pendek dari lagu.Rap bahasa juga menyeronokkan. Salam hormat.

Yok! Tulis Cerpen! bersama Cikgu Roslie Sidik

Sabtu lalu, saya pergi ke Perpustakaan Bedok untuk mendengar pidato tentang cara menulis cerita. Acara tesebut ialah 'Yok! Tulis Cerpen! bersama Cikgu Roslie Sidik'. Yey! Sekarang saya yakin untuk membuat karangan. Dia mengatakan bahawa kita harus kreatif untuk membuat rancangan untuk setiap perenggan. Saya belajar banyak tentang menulis hari itu. Dia mengajar tentang permulaan, suspens, klimaks dan pengakhiran. Kita ada masa berinteraksi untuk membuat cerpen yang bagus. Kita membuat karangan bergambar yang bertajuk 'Orang yang pemalas'. Ia menceritakan tentang seorang budak lelaki yang malas untuk membuat kerja yang disuruh oleh ibunya. Dia sangat degil. Di keakhiran cerita, dia menyedari kesalahan dan berubah sikapnya yang pemalas itu. Kita juga boleh menambah pelajaran di akhir cerita. Salam hormat.

Tuesday, July 27, 2010

Malam Budaya 2010

Wah! Shiok betul Malam Budaya 2010 @ Ayer Rajah CC. Pada 7 malam, beberapa penari membuat persembahan yang menarik. Mereka memakai pakaian tradisional Melayu. Pada 7.30
malam. kuiz Melayu diadakan di atas pentas. Hanya murid-murid yang boleh mencuba kuiz tersebut, termasuk saya. Saya mendapat tempat kedua kuiz tersebut. Soalan-soalan dalam kuis itu menguji tentang budaya Melayu. Pada 8 malam, para pengacara mengundang kami untuk menjamu selera. Saya tidak boleh tidur lewat. Saya terpaksa pulang tepat pada 9 malam walaupun acara itu berakhir pada 10 malam. Salam hormat.

Peraduan bercerita @ Changi Simei CC

Yeh! Sungguh meriah majlis berbahasa Melayu di Changi Simei CC Sabtu lalu. 5 murid daripada sekolah saya telah memasuki peraduan itu. 1 daripada 5 murid yang telah mengambil bahagian dalam peraduan ini mendapat tempat yang ketiga. Kebanyakan murid menceritakan tentang cerita penglipur lara Singapura. Saya begitu kagum dengan murida yang mendant tempat pertama. Dia menceritakan tentang Ular yang Berkaki. Dia tidak sekalipun tersasul. Dia juga mempunyai begitu kreatif semasa menyampaikan ceritanya...sempat menyanyi lagi... Para peserta sekolah menengah pula mendeklamasikan sajak yang rata-rata hasil tulisan Chairil Anwar, penyejak terkenal. Saya berharap agar lebih ramai murid yang dapat menyertai pertandingan-pertandingan sebegini kerana dapat meningkatkan keyakinan kami berbahasa Melayu. Salam Hormat.

Friday, July 23, 2010

Pesta Bahasa

Wah! Menariknya lawatan ke Pesta Bahasa di Bukit Batok CC. Pesta itu menunjukkan pantun, lagu rakyat, rap Bahasa dan wartawan muda. Saya meminati rap Bahasa kerana rap itu lucu. Saya ketawa tidak berhenti selama dua minit! Saya juga dapat mendengar beberapa rangkap pantun serta beberapa buah lagu. Saya juga mencuba untuk Pertandingan Wartawan Muda. Saya disuruh membaca sebuah skrip lebih kurang 50 perkataan. Tidak sia-sia saya mencuba kerana saya dipuji oleh ramai orang yang berada di situ. Menarik juga! Saya juga terserempak dengan Riz Sunawan di lokasi untuk mencuba menjadi wartawan muda. Saya juga bertanya jika saya boleh mendapat tanda tangannya. Hmmm.... Jika tahun depan pesta ini diadakan lagi, saya pasti pergi. Tentu lebih banyak pengalaman yang dapat ditimba. Bye!

Tuesday, July 20, 2010

Pesta Syair

Halo semua! Sabtu tidak ke mana-mana? Sabtu lalu, saya pergi ke Geylang CC untuk meyaksikan kawan saya bersyair. Syairnya ialah:

Syair Pesanan Ibu

Hasil Nukilan: Zurinah Hassan



Dengarlah anak ibu berpesan,

Lengkapkan diri dengan pelajaran, la

Hanyalah itu jadi bekalan, Hanyalah

Untuk hidup di masa depan.

Untuk hidup di masa depan.

Ilmu itu pelindung diri, u pelindung iri,

Seperti kebun berpagar duri, r duri,

Seperti sinar intan baiduri,

Itulah tanda orang jauhari.

Itulah tanda orang jauhari.

Hidupmu kini di masa remaja, asa

Bagaikan permata amat berharga,

Jangan jatuh ke lembah hina,

Nanti menyesal tidak berguna.

al tidak berguna

Kalau hidup terasa susah,

Sering berhadapan dengan masalah,

Hadapi dengan hati yang tabah,

Jangan cepat rasa gelisah.



Peserta: Syarifah Syahirah Binte Jamalludin

Sekolah Rendah Bedok Green

17 Julai 2010



Kawan-kawan saya diminta menyokongnya untuk melakukan yang terbaik. Seramai 12 orang murid kelasnya menyokongnya. Selepas persembahan hadiah, dia kecewa kerana dia tidak menang.
Cikgu saya memberitahu saya yang dia kalah kerana dia bersyair lagu asas tetapi kontestan lain bersyair lagu yang lebih susah walaupun dia telah perah tenaga untuk menang peraduan itu, dia tetap kalah. Cikgu mengatakan bahawa tidak apa-apa kerana dia sudah melakukan yang terbaik. Salam Hormat.

Monday, July 19, 2010

Pesta Pantun 2010

Semalam,saya dan ibu saya pergi ke Singapore Expo untuk menyaksikan acara Pesta Pantun 2010. Sungguh menakjubkan! Artis undangan ialah Suhaimi Yusof, Asmah Laili dan Riz Sunawan. Banyak pantun disampaikan oleh mereka. Tak sangka ya mereka begitu pandai mereka pantun yang bagus. Suhaimi Yusof membuat pantun yang lucu manakala Asmah Laili mereka pantuk masakan. Riz Sunawan pula mereka pantun budaya. Hmmm... Susah betul untuk membuat pantun ke??? Oh, baru ingat. Mereka mengundang para tetamu untuk mencuba mereka pantun sendiri. Mereka juga mengatakan bahawa pantun amat penting untuk pantun dibelajar. Masa untuk makan malam! Salam hormat.

Tuesday, July 13, 2010

Sembang Seni


Pada minggu lepas, saya ke Taman Warisan untuk menyaksikan persembahan tradisional Melayu. Penari-penari memakai baju kebaya untuk perempuan dan baju kurung Melayu untuk lelaki. Mereka menari lagu Gadis Melayu. Lagu itu dinyanyikan oleh Taufik Batisah. Beliau pun memakai baju kurung Melayu. Marina Yusof juga berada di situ untuk membuat sesuatu penjelasan tentang baju raya moden dan masa lalu. Di situ juga ada pameran baju-baju raya masa dulu dan kini. Kebanyakan orang kaya memakai baju raya yang cantik tetapi kebanyakan orang miskin tidak mampu membeli baju raya. Salam hormat.





Intro


Yey! Bulan Bahasa sudah tiba. Saya tidak sabar untuk melakukan aktiviti-aktiviti Bulan Bahasa ini. Sabtu ini, seorang rakan saya akan bertanding dalam Pertandingan Syair. Saya dan rakan-rakan saya akan datang ke Geylang Serai CC untuk menyokongnya. Saya harap dia akan memenangi pertandingan itu. Saya pun akan ke Expo hari Ahad ini untuk Pesta Pantun 2010. Saya suka membaca pantun-pantun. Saya akan berikan contoh:

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibayar mati.


Ataupun:

Anak angsa mati lemas,
Mati lemas di air masin;
Hilang bahasa kerana emas,
Hilang budi kerana miskin.


Salam hormat.