Powered By Blogger

Tuesday, July 13, 2010

Intro


Yey! Bulan Bahasa sudah tiba. Saya tidak sabar untuk melakukan aktiviti-aktiviti Bulan Bahasa ini. Sabtu ini, seorang rakan saya akan bertanding dalam Pertandingan Syair. Saya dan rakan-rakan saya akan datang ke Geylang Serai CC untuk menyokongnya. Saya harap dia akan memenangi pertandingan itu. Saya pun akan ke Expo hari Ahad ini untuk Pesta Pantun 2010. Saya suka membaca pantun-pantun. Saya akan berikan contoh:

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibayar mati.


Ataupun:

Anak angsa mati lemas,
Mati lemas di air masin;
Hilang bahasa kerana emas,
Hilang budi kerana miskin.


Salam hormat.

No comments:

Post a Comment