Wednesday, July 28, 2010
Yok! Tulis Cerpen! bersama Cikgu Roslie Sidik
Sabtu lalu, saya pergi ke Perpustakaan Bedok untuk mendengar pidato tentang cara menulis cerita. Acara tesebut ialah 'Yok! Tulis Cerpen! bersama Cikgu Roslie Sidik'. Yey! Sekarang saya yakin untuk membuat karangan. Dia mengatakan bahawa kita harus kreatif untuk membuat rancangan untuk setiap perenggan. Saya belajar banyak tentang menulis hari itu. Dia mengajar tentang permulaan, suspens, klimaks dan pengakhiran. Kita ada masa berinteraksi untuk membuat cerpen yang bagus. Kita membuat karangan bergambar yang bertajuk 'Orang yang pemalas'. Ia menceritakan tentang seorang budak lelaki yang malas untuk membuat kerja yang disuruh oleh ibunya. Dia sangat degil. Di keakhiran cerita, dia menyedari kesalahan dan berubah sikapnya yang pemalas itu. Kita juga boleh menambah pelajaran di akhir cerita. Salam hormat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment