Powered By Blogger

Tuesday, July 27, 2010

Peraduan bercerita @ Changi Simei CC

Yeh! Sungguh meriah majlis berbahasa Melayu di Changi Simei CC Sabtu lalu. 5 murid daripada sekolah saya telah memasuki peraduan itu. 1 daripada 5 murid yang telah mengambil bahagian dalam peraduan ini mendapat tempat yang ketiga. Kebanyakan murid menceritakan tentang cerita penglipur lara Singapura. Saya begitu kagum dengan murida yang mendant tempat pertama. Dia menceritakan tentang Ular yang Berkaki. Dia tidak sekalipun tersasul. Dia juga mempunyai begitu kreatif semasa menyampaikan ceritanya...sempat menyanyi lagi... Para peserta sekolah menengah pula mendeklamasikan sajak yang rata-rata hasil tulisan Chairil Anwar, penyejak terkenal. Saya berharap agar lebih ramai murid yang dapat menyertai pertandingan-pertandingan sebegini kerana dapat meningkatkan keyakinan kami berbahasa Melayu. Salam Hormat.

No comments:

Post a Comment