Powered By Blogger

Friday, July 23, 2010

Pesta Bahasa

Wah! Menariknya lawatan ke Pesta Bahasa di Bukit Batok CC. Pesta itu menunjukkan pantun, lagu rakyat, rap Bahasa dan wartawan muda. Saya meminati rap Bahasa kerana rap itu lucu. Saya ketawa tidak berhenti selama dua minit! Saya juga dapat mendengar beberapa rangkap pantun serta beberapa buah lagu. Saya juga mencuba untuk Pertandingan Wartawan Muda. Saya disuruh membaca sebuah skrip lebih kurang 50 perkataan. Tidak sia-sia saya mencuba kerana saya dipuji oleh ramai orang yang berada di situ. Menarik juga! Saya juga terserempak dengan Riz Sunawan di lokasi untuk mencuba menjadi wartawan muda. Saya juga bertanya jika saya boleh mendapat tanda tangannya. Hmmm.... Jika tahun depan pesta ini diadakan lagi, saya pasti pergi. Tentu lebih banyak pengalaman yang dapat ditimba. Bye!

No comments:

Post a Comment