Wednesday, July 28, 2010
Bengkel menulis puisi
Jalan-jalan ke Surabaya,
Jangan lupa membawa stokin;
Kalau merasa anda kaya,
Jangan menghina yang miskin.
Sayangnya, puisi saya tidak terpilih untuk diberi hadiah. Saya rasa saya harus latih lebih. Salam hormat.
Bahasa Dalam Lagu
Yok! Tulis Cerpen! bersama Cikgu Roslie Sidik
Tuesday, July 27, 2010
Malam Budaya 2010
malam. kuiz Melayu diadakan di atas pentas. Hanya murid-murid yang boleh mencuba kuiz tersebut, termasuk saya. Saya mendapat tempat kedua kuiz tersebut. Soalan-soalan dalam kuis itu menguji tentang budaya Melayu. Pada 8 malam, para pengacara mengundang kami untuk menjamu selera. Saya tidak boleh tidur lewat. Saya terpaksa pulang tepat pada 9 malam walaupun acara itu berakhir pada 10 malam. Salam hormat.
Peraduan bercerita @ Changi Simei CC
Friday, July 23, 2010
Pesta Bahasa
Tuesday, July 20, 2010
Pesta Syair
Syair Pesanan Ibu
Hasil Nukilan: Zurinah Hassan
Dengarlah anak ibu berpesan,
Lengkapkan diri dengan pelajaran, la
Hanyalah itu jadi bekalan, Hanyalah
Untuk hidup di masa depan.
Untuk hidup di masa depan.
Ilmu itu pelindung diri, u pelindung iri,
Seperti kebun berpagar duri, r duri,
Seperti sinar intan baiduri,
Itulah tanda orang jauhari.
Itulah tanda orang jauhari.
Hidupmu kini di masa remaja, asa
Bagaikan permata amat berharga,
Jangan jatuh ke lembah hina,
Nanti menyesal tidak berguna.
al tidak berguna
Kalau hidup terasa susah,
Sering berhadapan dengan masalah,
Hadapi dengan hati yang tabah,
Jangan cepat rasa gelisah.
Peserta: Syarifah Syahirah Binte Jamalludin
Sekolah Rendah Bedok Green
17 Julai 2010
Kawan-kawan saya diminta menyokongnya untuk melakukan yang terbaik. Seramai 12 orang murid kelasnya menyokongnya. Selepas persembahan hadiah, dia kecewa kerana dia tidak menang. Cikgu saya memberitahu saya yang dia kalah kerana dia bersyair lagu asas tetapi kontestan lain bersyair lagu yang lebih susah walaupun dia telah perah tenaga untuk menang peraduan itu, dia tetap kalah. Cikgu mengatakan bahawa tidak apa-apa kerana dia sudah melakukan yang terbaik. Salam Hormat.
Monday, July 19, 2010
Pesta Pantun 2010
Tuesday, July 13, 2010
Sembang Seni
Pada minggu lepas, saya ke Taman Warisan untuk menyaksikan persembahan tradisional Melayu. Penari-penari memakai baju kebaya untuk perempuan dan baju kurung Melayu untuk lelaki. Mereka menari lagu Gadis Melayu. Lagu itu dinyanyikan oleh Taufik Batisah. Beliau pun memakai baju kurung Melayu. Marina Yusof juga berada di situ untuk membuat sesuatu penjelasan tentang baju raya moden dan masa lalu. Di situ juga ada pameran baju-baju raya masa dulu dan kini. Kebanyakan orang kaya memakai baju raya yang cantik tetapi kebanyakan orang miskin tidak mampu membeli baju raya. Salam hormat.
Intro
Yey! Bulan Bahasa sudah tiba. Saya tidak sabar untuk melakukan aktiviti-aktiviti Bulan Bahasa ini. Sabtu ini, seorang rakan saya akan bertanding dalam Pertandingan Syair. Saya dan rakan-rakan saya akan datang ke Geylang Serai CC untuk menyokongnya. Saya harap dia akan memenangi pertandingan itu. Saya pun akan ke Expo hari Ahad ini untuk Pesta Pantun 2010. Saya suka membaca pantun-pantun. Saya akan berikan contoh:
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibayar mati.
Ataupun:
Anak angsa mati lemas,
Mati lemas di air masin;
Hilang bahasa kerana emas,
Hilang budi kerana miskin.
Salam hormat.